Wednesday, 14 August 2013

Peperiksaan




Peperiksaan oh Peperiksaan.

Periksa? Ia bukanlah perkara yang mudah bagi aku mahupun teman-teman yang lain. Kami berjuang barsama-sama setiap hari tanpa mengira peluh keringat mahupun apa2 sahaja. Bahkan kami rela melambatkan waktu makan kami demi menelaah mahupun mengulangkaji subjek2 yang kurang kami mengerti jalan penyelesayannya contoh subjek matematik dan bahasa arab. Namun, kami amat menghormati & menyayangi guru2 yang banyak berjasa dan berkorban demi kami :)
Rotan? Aku tidak pernah menganggap rotan itu jahat! Bahkan aku tahu, Rotan itu mampu menyedarkan aku tentang pentingnya ilmu & pengetahuan. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama aku. Aku mengerti itu.
Buat kesekian kalinya, aku tersentuh kerana Seringkali kita lupa bahawa ketenangan dan kebahagiaan selepas musibah ialah satu peluang kurniaan Allah untuk kita berubah ke arah yang lebih baik. kan?

Then,Then,Then, 

Kadang-kadang, apa yang kita suka belum tentu terbaik untuk kita,

Kadang-kadang apa yang kita tidak suka adalah yang terbaik untuk kita.

Abah & Mak selalu cakap, 'kakak, bukan senang nak jadi senang & bukan susan nak jadi susah' So, kena usaha lebih kalau nak jadi senang right?!

Allah peneman ketika suka & duka. Pengubat jiwa yang lara, dan kusut ialah besujud kepada Allah. Penyelesaian terbaik buat diri ini . 

Kembali dengan rutin harian seperti kelas tambahan setiap hari. Memang sukar permulaan nya. Namun, aku berharap pengakhirannya menggembirakan jiwa kecil ini :)

Peperiksaan itu kelulusannya hanya di dunia sahaja right? So, ilmu agama kena belajar jugak :)


Teman2 juga sangat berjasa kepada diri aku yang sering terlupa dan leka.Kadang2 saat diri ini jatuh, mereka lah yang banyak membantu membangunkan diri ini. *terharu*


Next,Next,Next.


Special to all my family and friend. hikhik >_<


*Thank You* :)

                                                                                                                               -Amira-

No comments:

Post a Comment