Wednesday 14 August 2013

Peperiksaan




Peperiksaan oh Peperiksaan.

Periksa? Ia bukanlah perkara yang mudah bagi aku mahupun teman-teman yang lain. Kami berjuang barsama-sama setiap hari tanpa mengira peluh keringat mahupun apa2 sahaja. Bahkan kami rela melambatkan waktu makan kami demi menelaah mahupun mengulangkaji subjek2 yang kurang kami mengerti jalan penyelesayannya contoh subjek matematik dan bahasa arab. Namun, kami amat menghormati & menyayangi guru2 yang banyak berjasa dan berkorban demi kami :)
Rotan? Aku tidak pernah menganggap rotan itu jahat! Bahkan aku tahu, Rotan itu mampu menyedarkan aku tentang pentingnya ilmu & pengetahuan. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama aku. Aku mengerti itu.
Buat kesekian kalinya, aku tersentuh kerana Seringkali kita lupa bahawa ketenangan dan kebahagiaan selepas musibah ialah satu peluang kurniaan Allah untuk kita berubah ke arah yang lebih baik. kan?

Then,Then,Then, 

Kadang-kadang, apa yang kita suka belum tentu terbaik untuk kita,

Kadang-kadang apa yang kita tidak suka adalah yang terbaik untuk kita.

Abah & Mak selalu cakap, 'kakak, bukan senang nak jadi senang & bukan susan nak jadi susah' So, kena usaha lebih kalau nak jadi senang right?!

Allah peneman ketika suka & duka. Pengubat jiwa yang lara, dan kusut ialah besujud kepada Allah. Penyelesaian terbaik buat diri ini . 

Kembali dengan rutin harian seperti kelas tambahan setiap hari. Memang sukar permulaan nya. Namun, aku berharap pengakhirannya menggembirakan jiwa kecil ini :)

Peperiksaan itu kelulusannya hanya di dunia sahaja right? So, ilmu agama kena belajar jugak :)


Teman2 juga sangat berjasa kepada diri aku yang sering terlupa dan leka.Kadang2 saat diri ini jatuh, mereka lah yang banyak membantu membangunkan diri ini. *terharu*


Next,Next,Next.


Special to all my family and friend. hikhik >_<


*Thank You* :)

                                                                                                                               -Amira-

Saturday 17 November 2012

Aurat

Hidup kita bukannya lama sangat, bila-bila masa Allah akan mengambil kita semula,
Siapa kita untuk Ingkar akan PerintahNya?! 


 Susah Sangat Ke Nak Tutup Aurat,

Awak, saya nak tanya sikit ni, tapi awak jangan Marah tau!
Awak, Susah Sangat Ke Awak Nak Tutup Aurat?
panasss?! Awak, Api Neraka lagi panas tau! saya tak Tipu,
saya suruh awak Tutup Aurat sebab saya Sayang Awak sangat-sangat,
Saya tak nak awak jadi bahan Bakar Api Neraka.
*tears

Awak tahu tak bahagian mana Aurat Wanita.

'Seluruh Badan Kecuali Muka & Tapak Tangan'

Awak, awak tahu tak, kalau Pencipta kita nak ambik kita balik Bila-bila Masa Tau!
Awak ingat kita ni hidup lama sangat ke?! Awak, saya nak awak tahu,
Aurat kita Maruah kita.
Awak tahu tak, saya nak sangat tolong awak, tapi...
Awak cakap saya Alim,
Saya tak Alim, awak! Saya manusia biasa, sama macam awak~
Saya cuma buat apa yang Allah suruh, Allah suruh kita Tutup Aurat.

Awak, awak fikir laa sikit 'Dunia Dah Nak Kiamat' .

Cuba awak bayangkan, Allah ambik nyawa awak, sedangkan waktu
tu awak tak Tutup Aurat awak dengan sempurna.

Apabila tercabutnya Roh dari Jasad, awak dah tak boleh buat apa-apa.
Awak bersedia dah ke nak berhadapan dengan Allah?!
Kenapa senang-senang sahaja awak nak Buka Aurat awak?
Aurat awak tu Mahal tau!

Awak cakap awak Sayang ayah awak!
Kalau awak sayang, kenapa awak Tak Tutup Aurat?
Awak sedar tak ayah awak yang tanggung Dosa Awak?


# Tutup Aurat Supaya Selamat, Aminn